ehem-ehem.. (testing suara)
Hurmm,, memang seronok kalau kat alam persekolahan kan.?? kalau ditanya tentang pengalaman ayah atau ibu kita semasa mereka bersekolah dahulu, banyaklah cerita yang keluar daripada mulut mereka.. pelbagai kenangan terakam dalam diri mereka.. kita ikut ketawa dengan cerita lucu yang dibawa.. kita juga boleh sedih dengan kisah duka yang berlaku..
Walaupun keadaan banyak berbeza antara masa dahulu dengan sekarang, namun apa yang ada di sekolah adalah sama.. setiap sekolah ada murid, ada guru, di samping terdapat pula kemudahan- kemudahan yang membolehkan pelajar belajar dengan aman dan teratur..
Apabila kita berada di sekolah, kita tidak bersendirian lagi.. betapa ada orang lain di sekeliling yang perlu kita perhatikan.. kalau tidak, kita tidak sakan dipedulikan dan akan menjadi kera sumbang.. tentu rakan- rakan tidak mahu berada dalam situasi 'dipulaukan' disebabkn oleh perangai rakan-rakan sendiri..